Fakta & Borang
1. Permohonan untuk lesen perdagangan
2. Banci pertubuhan - Pertubuhan Perniagaan yang berlesen
3. Borang pendaftaran ordinan nama - Nama perniagaan
4. Borang pemeriksaan senapang patah
5. Surat persetujuan
6. Lesen untuk membeli atau memperolehi atau menukar senjata dan peluru
7. Memperbaharui lesen memiliki dan menggunakan senapang patah
Piagam Pelanggan
Cekap, Amanah, Saksama dan Mesra dalam memberi perkhidmatan berikut:
1. Surat kuasa takbir/probet dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja (bagi kematian selepas November 1991).
2. Proses pendaftaran 'deed' dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
3. Penyediaan baucer bayaran bagi peruntukan negeri dihantar ke pajabat perbendaharaan bahagian dalam tempoh 30 hari bekerja.
4. Setiap transaksi pungutan hasil daripada orang awam dilakukan dalam tempoh 5 minit.
5. Lesen perdagangan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
6. Sijil pendaftaran nama-nama perniagaan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.
7. Sijil anak angkat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja.
8. Projek kecil luar bandar yang diluluskan dengan peruntukan disiapkan dalam tahun semasa.
9. Tender peringkat bahagian Sarikei akan dibuka dalam masa 3 hari bekerja selepas waktu dan tarikh ia ditutup. Keputusan tender disampaikan kepada agensi yang mengambil tender dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan kertas penilaian tender.
10. Keputusan permohonan lesen pungutan-pungutan awam disampaikan kepada pemohon dalam tempoh 10 hari bekerja selepas penerimaan tapisan keselamatan.
11. Perlantikan ahli lembaga pelupusan bahagian disampaikan dalam masa 7 hari bekerja selepas penerimaan cadangan pelupusan dari agensi asal.
12. Mesyuarat jawatankuasa pembangunan bahagian diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan.