Selamat Datang...

Melihat kepada keadaan geograpi, perkembangan pembangunan semasa, kemajuan prasarana yang semakin meluas, keluasan dan kesuburan tanah di Sarikei, memang layak 'Bandar Nanas' dipilih menjadi tuan rumah tahun ini.Sarikei sesungguhnya boleh dijadikan nadi atau pusat pengeluar dan pembekal makanan utama untuk Sarawak. Dari daerah Julau sehingga ke Pulau Bruit (Bahagian Mukah) jenis tanahnya adalah pelbagai untuk membolehkan pelbagai jenis tanaman diusaha- kan.

Tanah di daerah Julau dan Pakan yang masih luas didapati paling sesuai untuk tanaman komersial kelapa sawit secara besar-besaran. Manakala di sekitar kawasan Binta-ngor, Meradong, Sungai Rusa, Jalan Kim San, Sare, Jakar, Bayong, Sungai Paoh dan Selalang sesuai untuk tanaman kontan.Di Pulau Bruit pula didapati sesuai untuk tanaman padi dan kontan secara besar-besaran. Kejayaan menukarkan tanah gambut menjadi kawasan pengeluar padi utama sudahpun dibuktikan di Paloh berdekatan Pulau Bruit. Ekoran kejayaan Delta Padi Estate mengusahakan tanah gambut di Paloh menjadi jelapang padi membuktikan tanah gambut di Pulau Bruit juga boleh bertukar menjadi tanah yang produktif.

Untuk melengkapan Sarikei sebagai pusat pengeluar dan pembekal makanan, Tanjung Manis ialah kawasan berpotensi menghasilkan produk makanan hasil dari laut. Dengan mempunyai sebuah pelabuhan perikanan laut dalam bersepadu (masih dalam pembinaan) Tanjung Manis pasti menjadi tumpuan semua kegiatan yang bercorak perikanan.