Pejabat Daerah Sarikei dulunya terletak di tengah bandar
Sarikei. Bangunan pejabat tersebut telah dibina pada tahun 1937. Disebabkan
bangunan tersebut telah lama, maka Pejabat Daerah Sarikei telah berpindah
ke Bangunan Wisma Jubli Mutiara dan sekarang Pejabat Daerah Sarikei telah
beroperasi sepenuhnya diTingkat 8, Wisma Jubli Mutiara, Sarikei.
Daerah Sarikei mempunyai kawasan seluas 985.00 km. Dari segi topografi, daerah ini mempunyai bentuk mukabumi yang berbeza-beza iaitu dari kawasan berbukit-bukau, tanah gambut dan paya nipah-bakau. Berdasarkan banci penduduk pada Tahun 2002, Daerah Sarikei mempunyai jumlah penduduk seramai 57,096 orang yang terdiri dari bangsa Cina, Iban, Melayu, Melanau dan beberapa etnik bumiputera yang lain. |