Assalamualaikum Warahmatullahi taala wabarakatuh..........
Alhamdulliah, bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, maka dapatlah Laman Web Pejabat Daerah Sarikei dilancarkan.
Secara keseluruhannya,semua Pejabat Daerah di negeri Sarawak mengamalkan konsep pendekatan kepada rakyat. Dengan terbitnya laman web ini sedikit sebanyak dapat membantu pejabat ini menyampaikan maklumat ke serata pelusuk daerah dan bahagian. Pada abat ke21 ini,penggunaan dan penguasaan ICT serta cabaran K-ekonomi menuntut kepada perubahan dan transformasi agar agenda kerajaan dapat disampaikan menerusi ICT seperti Laman Web dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Disamping itu Pejabat Daerah merupakan sebuah pusat tumpuan pentadbiran sesebuah kampung dan daerah,sudah pasti kita sentiasa memantau keperluan dan kehendak masyarakat setempat dan dalam melaksanakan daerah tersebut,pejabat daerah itu sendiri tidak akan dapat berfungsi tanpa adanya kerjasama dari pelbagai pihak terutama agensi-agensi kerajaan yang lain dan masyarakat kampung khususnya.
Justeru itu, dengan pelancaran Laman Web ini akan melicinkan lagi proses penyebaran maklumat serta ketelusan perkhidmatan awam yang sebenarnya.
Sekian Terima Kasih.
"INTERGRI & PERIHATIN"
"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
(DANIEL SUPIT)
Pegawai Daerah Sarikei